Thursday, June 4, 2009
CHIN PENG DAN SUARA SUMBANG
http://mandatrakyat.blogspot.com
MERUPAKAN SUARA-SUARA SUMBANG YANG PERLU DIJINAKAN DENGAN 1MALAYSIA.
BILA RENTAK DAN IRAMANYA SUMBANG... BAGAIMANA TARIAN NAK DITARI???
MAKA MUSNAH DAN HANYA MEMBAZIR MASA YANG ALLAH BERIKAN UNTUK MEMBUAT KEBAIKKAN DAN KEBAJIKAN DI DUNIA INI.
NEGARA CHINA DAH TRASFORMASI
SEMUA NEGARA KOMUNIS SUDAH MULAI LAKSANAKAN TRASFORMASI MENJADI NEGARA DEMOKRASI MACAM MALAYSIA. PELIK DAN BODOH LAH KITA NAK SOKONG IDEOLOGI KOMUNIS DAN PARTI KOMUNIS MALAYA. CHIN PENG??? TAK RELEVEN LAGI DENGAN ZAMAN ERA GLOBALISASI, REFORMASI, LIBERALISASI DAN KEBANGKITAN AGENDA 1MALAYSIA!!!
IDEOLOGI PEMBERONTAKKAN DAN "LAWAN TETAP LAWAN " ANUARISASI DENGAN DEMONTARSI BALING DAN DEMONTRASI POLITIK JALANAN DLL... TAK RELEVEN DAN MENGHANCURKAN MASA DEPAN KITA, KHASNYA GENERASI MUDA.
Era Runtuhnya Komunisme
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Rencana atau bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia.
Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai.
Nada atau gaya bagi rencana atau sub-tajuk ini adalah kurang sesuai di Wikipedia.
Pernyataan khusus terdapat pada laman perbincangan. Lihat panduan menulis rencana yang lebih baik sebagai pilihan.
* 1985 Mikhail Gorbachev memegang jawatan Ketua Parti Komunis Soviet Union ( USSR ) dan bermulalah era keruntuhan ideologi Komunis.
* 1989 ekonomi Soviet Rusia amat goyah dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat punca masalah ini serta alasan terbaik kenapa Soviert Union ketinggalan dalam banyak bidang teknologi berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia Timur Jauh.
Soviet Union sebelumnya seringkali bertindak sebagai mata-mata sebagaimana Amerika Syarikat. Mereka campurtangan dan mendominasi sesetengah negara , contohnya :
* 1956 Nikite Krushcher dan Leonard Brezhner menghantar tentera Soviert ke Hungary dan Cheskoslovakia untuk mepertahankan kepentingan Soviet di negara-negara itu.
* 1979 Soviet menceroboh Afghanistan dan melantik bonekanya di negara itu.
Negara-negara yang dipengaruhi oleh Soviet Rusia dilabel sebagai 'negara Blok Merah'. Negara-negara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi. Penentangan timbul dalam bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman Timur.
* 1998 Gorbachev semasa di perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggariskan dasar tidak campur tangan sebagai dasar luar Kremlin. Dasar 'Perestrorika' diperkenalkan sebagai satu falsafah pentadbiran negara.
Katanya , setiap negara mempunyai kebebasan memilih. Gorbachev mengumumkan akan mengurangkan separuh tentera dan berhasrat berundur dari Afghanistan. Oleh itu Gorbachev dilihat sebagai wira baru kepada negara-negara yang pernah dijajah oleh Soviet.
* 1989 mahasiswa negara China mula menentang tindakan kerajaan China terutama setelah kematian seorang tokoh pembaharuan Cina yang disingkirkan. Keadaan semakin memuncak apabila Gorbachev melawat China . Mahasiswa China melaungkan ' Gorby Gorby' kepada Gorbachev kerana menganggap Gorbachev sebagai wira baru. Kerajaan China bertindak tegas dengan menangkap dan membunuh mereka yang melakukan revolusi di Medan Tiannammen pada 13 Jun 1989 .
Gorbachev semakin yakin negara sosialis tidak boleh dibangunkan atas kekuatan kereta kebal. Kebangkitan kuasa rakyat semakin mendapat sambutan di negara Blok Merah seperti Hungary dan Romania.
Hungary rela mendengar kuasa rakyat dan tidaklah pertumpahan darah berlaku. Tapi di Romania, diktator Nicolae Ceausescu enggan menerima kuasa rakyat. Akhirnya Nicolae Ceausescu dan isterinya, yang ditembak mati oleh rakyatnya sendiri. Puncanya , selama berkuasa hampir 25 tahun, Ceausescu adalah diktator yang kejam dan korup. Ia memerintah Romania dengan sistem komunis sejak 1965.
9.11.1989 Tembok Berlin sebagai sempadan pemisah Jerman Timur ( komunis ) dengan Jerman Barat ( kapitalis ) diruntuhkan oleh rakyat Jerman Timur . Kedua-dua negara tersebut digabungkan semula. Sebelum tembok ini diruntuhkan, lebih 2 juta rakyat Jerman Timur terutama kalangan cendikiawan lari ke negara Jerman Barat.
China juga turut berubah tapi agak perlahan terutama selepas Britain menyerahkan gugusan Pulau Hong Kong kepada China semula tahun 1997. Hong Kong , Macao dan Taiwan telah mengamalkan sistem demokrasi dan bagaimanakah dasar komunis akan dilaksanakan jika China mengambil alih kepulauan tersebut. Di Hong Kong, China membenarkan sistem demokrasi terus diamalkan. Di Taiwan, China menekankan sistem satu negara dua sistem.
Bagi Presiden China Deng Xiaoping berkenaan tragedi 4 Julai sebagai “Membunuh 200 ribu, untuk memastikan kestabilan selama 20 tahun.”
China , setelah menjalani sistem “sosialisme” lebih 50 tahun , kembali mengamalkan dasar pemilikan pribadi, sistem saham, mempelawa pelabur asing, menindas dan memaksa buruh dan petani mengikut nilai-nilai kapitalis..Semua ini merupakan dasar mundur idealisme komunisme .. Namun Parti Komunis China masih mempertahankan hegemoni mutlak parti.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Era_Runtuhnya_Komunisme"
Kategori: Rencana perlu diwikikan | Semua rencana yang memerlukan penyuntingan gaya | Komunisme
APA ITU KOMUNIS
Komunisme
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tukul dan sabit yang menjadi alat penting golongan pekerja merupakan lambang komunisme.
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme]] adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.
[sunting] Ideologi komunisme
Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:
1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
2. China (Republik Rakyat China)
3. Cuba (Republik Cuba)
4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)
Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:
1. China
2. Laos
3. Vietnam
4. Cuba
5. Korea Utara
Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
[sunting] Lihat juga
* Parti Komunis Malaya
* Marxisme
* Era Runtuhnya Komunisme
* Maoisme
* Tukul dan sabit
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme"
Kategori: Komunisme | Ideologi politik | Ideologi ekonomi
Pandangan
* Rencana
* Perbincangan
* Sunting
* ▲
* Sejarah
Alatan peribadi
* Log masuk / buka akaun
Pandu arah
* Laman Utama
* Tinjau
* Gotong-royong
* Hal semasa
* Laman rawak
perhubungan
* Tentang Wikipedia
* Portal masyarakat
* Perubahan terkini
* Hubungi kami
* Menderma
* Bantuan
* Kedai Kopi
Gelintar
Alatan
* Pautan ke laman ini
* Perubahan berkaitan
* Laman khas
* Versi boleh cetak
* Pautan kekal
* Petik rencana ini
Bahasa lain
* Afrikaans
* العربية
* Aragonés
* Asturianu
* Azərbaycan
* Bahasa Indonesia
* বাংলা
* Bân-lâm-gú
* Беларуская
* Беларуская (тарашкевіца)
* Bosanski
* Brezhoneg
* Български
* Català
* Česky
* Cymraeg
* Dansk
* Deutsch
* Eesti
* Ελληνικά
* English
* Español
* Esperanto
* Euskara
* فارسی
* Føroyskt
* Français
* Frysk
* Gaeilge
IDEOLOGI KOMUNIS AMAT MENGANCAM KESELAMATAN
WASPADAI BAHAYA LATEN KOMUNIS
01 Agu 2005
bukti komunis masih mengancam di segi ideologi, khasnya di Indonedia....
ANDA DIMINTA KE BLOG
http://www.tni.mil.id/news.php?q=dtl&id=1185
Wednesday, June 3, 2009
CHIN PENG TAK HADIR TEMUDUGA BALIK MALAYSIA PADA 31 OKTOBER 1992
CHIN PENG JUGA GAGAL KEMUKAKAN SIJIL KELAHIRAN BELIAU KE MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA PADA 1 0GOS 2007 SEBAGAIMANA KEPUTUSAN MAHKAMAH BAGI MEMBUKTIKAN STATUS KEWARGANEGARAAN MALAYSIA BELIAU YANG SAH. AKHIRNYA MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA 20 APRIL 2009 TELAH SEBULAT SUARA MENOLAK PERMOHONAN RAYUAN CHIN PENG UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA(RUJUK KENYATAAN AKHBAR YB DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOF, TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI).
PERSOALANNYA SEKARANG ISU INI TELAH DIPOLITIKKAN ATAS DASAR HAK KEMANUSIAAN KERANA CHIN PENG TELAH TUA DAN BERUMUR 87 TAHUN. MAKA ADAKAH BELIAU SEORANG YANG BERKEPERIMANUSIAAN DAN TAAT SETIA PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN SERTA UNDANG-UNDANG MALAYSIA???
ISU INI TELAH DIPOLITIKKAN OLEH PEMBANGKANMG DAN MEREKA YANG BERKEMPENTINGAN.BACA INI SETERUSNYA....
Malaysia tidak langgar perjanjian
dari utusan malaysia 3 Jun 2009 ms 15
Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 2 Jun - Dakwaan bahawa kerajaan memungkiri Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaya (PKM) kerana menghalang Chin Peng pulang ke Malaysia adalah tidak tepat.
Bekas Setiausaha Agung PKM itu sebaliknya tidak pernah menunjukkan kesungguhan untuk memohon pulang ke negara ini selepas perjanjian damai dimeterai antara dua pihak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, walaupun Chin Peng atau nama asalnya Ong Boon Hwa telah membuat permohonan untuk pulang namun beliau tidak menghadiri proses temu duga yang ditetapkan pada 31 Oktober l992.
''Chin Peng telah mengemukakan permohonan untuk kembali ke Malaysia sehari sebelum tempoh yang diberikan berakhir, dia bagaimanapun tidak menghadiri temu duga yang ditetapkan.
''Chin Peng juga tidak pernah membuat permohonan baru tetapi menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraannya, ini menunjukkan beliau enggan mematuhi syarat perjanjian yang ditandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abu Seman berkata, semua bekas ahli PKM yang ingin pulang ke Malaysia perlu menghadiri temu duga sebelum permohonan mereka dipertimbangkan.
''Seramai 442 orang bekas ahli PKM telah memohon untuk pulang ke Malaysia dan 406 orang daripada mereka telah menghadiri temu duga.
''Kesemua ahli PKM yang memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan telah diterima kembali ke negara ini," katanya.
Beliau berkata, Chin Peng bukan wira negara yang patut dibela oleh mana-mana pihak kerana telah melakukan keganasan di negara ini.
''Chin Peng ketika itu telah menjalankan kegiatan subversif dan keganasan dalam usaha PKM memerangi dan menggulingkan Kerajaan Malaysia," katanya.
Menurut beliau, antara mangsa PKM ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974 dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang dibunuh di Ipoh pada 13 November 1975.
''Sepanjang 1948 hingga 1990, seramai 2,083 orang anggota keselamatan telah terkorban manakala 3,541 orang lagi cedera.
''Keganasan PKM juga mengakibatkan seramai 2,588 orang awam terkorban dan 1,490 lagi cedera," katanya.
Tambahnya, kemasukan semula Chin Peng ke negara ini akan mencetuskan sentimen tidak puas hati di kalangan rakyat.
''Kepulangan Chin Peng ke Malaysia juga menunjukkan seolah-olah pengorbanan anggota keselamatan yang menentang PKM dahulu menjadi sia-sia," katanya.
DAEI BERITA HARIAN 3 JUN 2009
Rakyat tidak mudah lupa keganasan komunis
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
ayop_60@yahoo.com
CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang didokongnya banyak menumpahkan darah.
Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.
Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.
Manja Mohd Ludin dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990) mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.
Elok rasanya kita menyingkap sekelumit sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina.
Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.
Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International Trade Union Organisation (Profintern). General Labour Trade Union’ di Singapura turut dipengaruhi komunis.
Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth. Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur.
Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.
Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).
Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.
Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis.
Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).
Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu. Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini.
Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis.
Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri. Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang.
Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan tetapi usahanya gagal kerana ulama menolak perjuangan mereka.
Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal. Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975).
Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.
Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?
Penulis adalah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Berita Harian 3 Jun 2009 -KDN nafi mungkir janji
Oleh Haika Khazi
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan memungkiri perkara-perkara yang dipersetujui di dalam Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaysia (PKM) yang dimeterai pada 2 Disember 1989 berhubung isu Chin Peng.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata seramai 442 bekas anggota PKM memohon untuk kembali ke Malaysia, tetapi hanya 406 menghadiri temu duga yang ditetapkan kepada semua anggota PKM yang memohon dan memenuhi syarat diterima kembali ke negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa mengemukakan permohonan sehari sebelum tempoh permohonan berakhir selain gagal menghadiri proses temu duga yang ditetapkan mengikut perjanjian itu.
“Chin Peng juga tidak pernah mengemukakan semula sebarang permohonan baru sebaliknya menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraannya.
“Ini menggambarkan beliau enggan memenuhi syarat perjanjian dan tidak berminat kembali ke Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Abu Seman berkata, berdasarkan rekod, Chin Peng memfailkan lima afidavit di mahkamah antara 4 Mac hingga 4 April 2005 bagi membolehkannya mendapat perintah supaya diterima sebagai warga negara ini.
Beliau juga berkata, Chin Peng bukanlah wira yang patut dibela sebaliknya Setiausaha Agung PKM yang secara terang-terangan menjalankan kegiatan subversif dan ganas dalam usaha parti itu memerangi dan menggulingkan kerajaan.
“Bagi KDN, kemasukan semula Chin Peng ke negara ini bukan saja mencetuskan sentimen tidak puas hati di kalangan rakyat, malah menunjukkan seolah-olah pengorbanan anggota kese-lamatan ketika menentang pemberontakan komunis dulu adalah sia-sia belaka,” katanya.
Abu Seman berkata, seramai 2,083 anggota keselamatan terkorban, manakala 3,541 lagi cedera, dan orang awam yang terbunuh pula seramai 2,588 dan 1,490 lagi cedera ketika berlakunya pemberontakan PKM, dari 1948 hingga 1990.
Beliau berkata, antara pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terkorban angkara keganasan PKM termasuk bekas Ketua Polis Kuala Lumpur ketiga, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974 dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang dibunuh di Ipoh, Perak pada 13 November 1975.

Tuesday, June 2, 2009
KEMANUSIAAN UNTUK KOMUNISME DARI MINDA AWANG SELAMAT
MEMBACA TULISAN AWANG SELAMAT MAKA SEBAGAI WARGA YANG CINTAKAN MALAYSIA YANG BERSATUPADU, ADIL, MAKMUR, AMAN DAN SAKSAMA... SEBAK RASANYA KERANA KOMUNIS MENOLAK NILAI AGAMA, APA LAGI ISLAM.... TAPI ORANG ISLAM MASIH AGUNGKAN CHIN PENG ATAS NILAI "KEMANUSIAAN" DAN KESIAN BELAS KERANA UMURNYA 87 TAHUN. ADAKAH CHIN PENG KESIAN DAN PUNYAI HATI SUCI MACAM KITA ORANG ISLAM DULU, KINI DAN SELAMANYA??? LIHAT REKOD DAN TINDAKKAN CHIN PENG. YA ALLAH BERILAH HIDAYAH KEPADA UMAT ISLAM YANG DIKELABUI DENGAN POLITIK DAN LETAK ISLAM DIJUBUR SAJA.....DAN CETEKNYA KAJIAN BLOG INI:
http://10tahun.blogspot.com/2008/03/senarai-jemputan-pmcja.html
ARKIB utusan malaysia : 24/05/2009
Gerakan, Chin Peng dan kemanusiaan
WAJARKAH bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?
Awang lontarkan pertanyaan ini berikutan gesaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan mahukan Chin Peng kembali atas sebab-sebab kemanusiaan kerana tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Chin Peng, 85 yang dilahirkan di Sitiawan, Perak kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lalu.
Dalam gesaannya itu, Teng memohon Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak mengkaji semula pendirian kerajaan bagi membolehkan bekas Setiausaha Agung PKM itu kembali ke tanah air.
Apa reaksi Awang? Mudah sahaja. Permohonan tersebut usah dilayan.
Awang tidak dapat membayangkan keadaan negara kita jika pada hari ini yang memerintah ialah PKM menerusi perjuangan kejamnya. Tidak mungkin wujud negara aman, makmur dan demokratik yang bernama Malaysia.
Tiada sebab untuk kerajaan mengubah pendirian terhadap Chin Peng. Sebarang alasan kemanusiaan tidak boleh mewajarkan kemudaratan (secara langsung atau tidak langsung) yang telah dibawa oleh beliau dan PKM selama ini.
Sememangnya masa telah berubah dan keadaan turut berubah tetapi membenarkan Chin Peng kembali adalah tamparan luar biasa kepada golongan yang telah banyak berkorban iaitu anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang pernah menjadi mangsa kekejaman PKM. Apa ruginya kalau tidak membenarkan beliau pulang? Janganlah diungkit-ungkit lagi tentang Chin Peng. Ia hanya akan membangkitkan kemarahan kepada bekas perajurit, yang air mata dan darah mereka tidak ternilai harganya. Anehnya, orang Melayu sendiri tidak pernah ghairah untuk mengherokan beberapa kerat pemimpin komunis daripada kalangan kaum itu seperti Rashid Maidin
Awang tidak mengerti mengapa Gerakan boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah kerana ia mengikut rentak DAP yang memainkan isu tersebut sejak beberapa tahun lalu, mungkin juga atas muslihat politik? Awang percaya majoriti rakyat Malaysia tidak bersedia masuk ke dalam perangkap pihak tertentu.
Jika ia mahu dilakukan atas nama kemanusiaan mengapa nasib balu dan anak-anak tentera serta polis yang terkorban angkara PKM tidak dibela?
Apa yang pernah DAP dan Gerakan lakukan untuk menghargai pengorbanan golongan tersebut yang menyumbang kepada keamanan negara sehingga membolehkan kaum Cina misalnya terus menguasai ekonomi Malaysia sehingga kini.
Seingat Awang tiada seorang pun pemimpin DAP mahu pun Gerakan yang menjalankan kempen hebat membantu bekas tentera dan polis yang putus kaki. Awang juga tidak pasti sama ada mereka pernah merekodkan penghargaan dan terima kasih dalam acara-acara khusus untuk bekas tentera dan polis.
Apakah kerana yang terkorban adalah kebanyakannya tentera dan polis daripada kalangan orang Melayu maka sumbangan mereka tidak begitu bermakna? Siapakah yang sebenarnya rasis? Sesungguhnya banyak persoalan yang melingkari isu Chin Peng ini. Yang jelas ia bukan sekadar isu membenarkan Chin Peng pulang bahkan mahu menjadikan beliau wira. Terdapat gerakan terancang oleh parti tertentu kaum Cina untuk menobatkan Chin Peng sebagai ikon pejuang kemerdekaan. (Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang mati dibunuh agen komunis misalnya, langsung tidak dipedulikan oleh parti kaum Cina sendiri). Ia makin ketara sejak pelancaran buku riwayat hidupnya Alias Chin Peng - My Side of History. Malah isu mengenai simpati terhadap Chin Peng pernah dibawa oleh DAP yang mendesak supaya kerajaan mengeluarkan satu kenyataan menteri (a ministerial statement in Parliament) tidak lama dulu.
Tinjaulah pelbagai komen dan tulisan menerusi laman-laman blog berkenaan Chin Peng yang mahu mewujudkan gelombang memperlihatkan beliau sebagai wira. Ada yang menyamakan perjuangan Chin Peng dengan nasionalisme kemerdekaan sedangkan realitinya beliau melacurkan nasionalisme untuk menegakkan komunisme, yang akhirnya gagal kerana pengorbanan pasukan keselamatan atas sokongan rakyat.
Awang tidak terkejut jika suatu hari nanti lebih-lebih lagi jika pembangkang berkuasa, 'keperwiraan' Chin Peng akan menjadi bahan subjek Sejarah sekolah yang mungkin jauh lebih hebat daripada nama-nama seperti Leftenan Adnan dan ramai penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).
Lalu tercetus lagi persoalan lain, apakah ini sebahagian daripada usaha untuk menafikan sumbangan gerakan nasionalisme Melayu dan usaha untuk menulis kembali sejarah agar mengikut kehendak kaum tertentu?
Awang berharap kerajaan bertegas sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia yang sampai sekarang tidak membuka ruang penghargaan untuk pengganas komunis. Mudarat yang dibawa oleh PKM di tanah air ini bukan sedikit.
Tetapi seandainya kerajaan bersedia membenarkan Chin Peng pulang, beliau perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya pasukan keselamatan. Lebih penting, beliau mesti dihadapkan ke mahkamah atas segala kekejamannya sebagaimana yang dihadapi oleh Pol Pot di Kemboja. Bersediakah Chin Peng?
KOMUNISME??? UNTUK RENUNGAN
DIPETIK UNTUK RENUNGAN DAN KAJIAN DARI http://www.mymassa.com/news/
Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya 'negara berkebajikan', 'kerajaan rakyat' dan 'ketuanan rakyat'. Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik menteri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan.
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sokong idealogi Komunis?
Pra Kata : Analisis ini adalah sekadar teori yang dikemukakan Kumbang secara peribadi berdasarkan pengetahuan dan pembacaan Kumbang serta perbincangan dengan rakan-rakan blogger . Analisis ini mengemukakan teori yang menuntut pembaca untuk memikirkannya samada benar atau tidak.
Analisis Kumbang selepas 2 video dan 2 artikel ini...
Komunisme
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx yang juga seorang yahudi menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme]] adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.
Sumber : Wikipedia
Untuk melihat sejarah Komunis di Malaysia. Klik sini.
Penyebar Fahaman Yahudi
Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.
Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.
Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.
Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.
Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.
Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.
Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.
Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.
Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.
Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.
Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.
Sumber: Darul Numan
Analisis Kumbang..
Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti?
Kumbang telah ulas perkara ini 2 kali di blog Kumbang sebelum ini. Klik sini. dan juga sini.
Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya 'negara berkebajikan', 'kerajaan rakyat' dan 'ketuanan rakyat'.
Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik menteri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan. Mereka juga dengan angkuh mengatakan bahawa Sultan kini sudah pandai berpolitik dan ingin rakyat menentukan kerajaan Perak yang baru melalui pilihanraya.
Adakah mereka terlupa, jika mereka menang di dalam pilihanraya. Siapakah yang akan melantik Menteri Besar baru kalau bukan Sultan?
Kalau Sultan tidak mengizinkan dan tidak melantik mereka, apa yang mereka akan lakukan?
Menjatuhkan Sultan?
Jika benar, perkara ini berlaku, ia tidak ubah seperti keadaan di negara Cina suatu ketika dahulu yang menjatuhkan Maharaja dan menaikkan kerajaan Komunis.
Adakah perkara ini akan berlaku di Perak?
Adakah golongan ini adalah golongan desperado yang mabuk kuasa sehingga melupakan maruah dan lambang bangsa?
Amat menyedihkan lagi Sultan yang bertindak sebagai ketua agama dikecam hebat.
Mufti yang Perak yang dulu pada satu ketika disanjung mereka kerana seakan-akan menyokong Pakatan Rakyat kini dikecam oleh mereka semula kerana menegur sikap mereka yang derhaka pada sultan.
Kini mereka merasakan mereka semua betul dan orang lain semua salah.
Persoalannya, berpandukan kesemua perkara di atas adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi komunis?
Pada pilihanraya umum yang lalu Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan fahaman sosialis iaitu fahaman yang paling hampir dengan komunis telah dibenarkan bertanding di bawah lambang PKR. Hasilnya 2 kerusi dimenangi oleh Parti Sosialis Malaysia iaitu Parlimen Sungai Siput dan Kota Damansara.
Begitu juga dengan Hishammuddin Rais penulis blog Tukar Tiub (blog pengkritik kerajaan) dan penyokong kuat Anwar juga adalah ahli Parti Sosialis Malaysia.
Kini tulisan beliau kita boleh saksikan di laman web Malaysiakini, beliau banyak membuat ulasan mengenai peranan-peranan raja melayu di situ . Di dalam Mastika juga (jikalau Kumbang tidak silap) Hishammuddin Rais turut menyatakan beliau adalah anti feudal bermakna beliau adalah seorang yang anti atau menentang kepada kerajaan monarki atau dalam konteks Malaysia adalah raja-raja melayu.
Adakah idealogi anti-feudal ini menjadi idealogi Pakatan Rakyat?
Jika benar, adakah ini bukti Parti Sosialis dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?
Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga turut dikaitkan dengan komunis pada tahun 1970-an tetapi beliau menafikan tuduhan ini dengan menyatakan bahawa beliau bukan menyokong gerakan itu tetapi cuma hanya menyokong orang yang dituduh terlibat dengan gerakan itu iaitu A. Samad Ismail.(betulkan Kumbang kalau silap)
PAS juga turut dikatakan menyokong komunis apabila buku 'The Spear and The Kerambit' tulisan A. Navaratnam turut mengulas mengenai sokongan PAS terhadap komunis ini.
Adakah pernyataan ini benar?
Kalau pernyataan ini benar, sejarah telah membuktikan PAS pernah menyokong idealogi komunis yang banyak melakukan kekejaman di tanah melayu ini.
Nilai sokongan PKR terhadap komunis juga dipaparkan melalui satu artikel yang bertajuk 'PKM – Parti Komunis Malaya Muncul Kembali' tulisan Amin Iskandar@Black seorang pemimpin PKR. Dalam artikelnya itu beliau menyatakan anggota tentera Parti Komunis Malaya juga perlu diberi penghormatan kerana memperjuangkan kemerdekaan.
Adakah Amin Iskandar sudah terlupa dengan Tragedi Bukit Kepong yang memperlihatkan kekejaman komunis dan meragut nyawa ramai anggota polis dalam tragedi itu?
Selain itu beliau turut menggambarkan idealogi komunis ini sebagai bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi kerana ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Gambaran yang diberikan beliau ini hampir seiras dengan idealogi perjuangan Pakatan Rakyat pada masa kini.
Adakah ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?
Sama-sama kita fikirkan.
Nasihat Kumbang yang kecil ini. "Janganlah hanya menang sorak, tetapi kampung yang kita pertahankan tergadai".
Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?
Kumbang
Subscribe to:
Posts (Atom)