Tuesday, June 2, 2009

KOMUNISME??? UNTUK RENUNGAN



DIPETIK UNTUK RENUNGAN DAN KAJIAN DARI http://www.mymassa.com/news/
Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya 'negara berkebajikan', 'kerajaan rakyat' dan 'ketuanan rakyat'. Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik menteri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan.


Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sokong idealogi Komunis?
Pra Kata : Analisis ini adalah sekadar teori yang dikemukakan Kumbang secara peribadi berdasarkan pengetahuan dan pembacaan Kumbang serta perbincangan dengan rakan-rakan blogger . Analisis ini mengemukakan teori yang menuntut pembaca untuk memikirkannya samada benar atau tidak.

Analisis Kumbang selepas 2 video dan 2 artikel ini...

Komunisme


Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx yang juga seorang yahudi menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.



Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.



Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme]] adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.



Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

Sumber : Wikipedia

Untuk melihat sejarah Komunis di Malaysia. Klik sini.



Penyebar Fahaman Yahudi



Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.



Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.



Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.



Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.



Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.



Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.



Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.



Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.



Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.



Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.



Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.

Sumber: Darul Numan



Analisis Kumbang..



Kemelut politik Perak mengundang persoalan, adakah negara Malaysia semakin hampir untuk menjadi sebuah negara republik di bawah Pakatan Rakyat jika memerintah nanti?



Kumbang telah ulas perkara ini 2 kali di blog Kumbang sebelum ini. Klik sini. dan juga sini.



Slogan fahaman sosialis yang hampir dengan fahaman komunis berlegar di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat antaranya 'negara berkebajikan', 'kerajaan rakyat' dan 'ketuanan rakyat'.

Slogan ini digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sentimen kuasa rakyat yang akan menentukan segalanya. Usaha ini kita dapat lihat dengan kuasa Sultan dinafikan dalam melantik menteri besar baru di Perak baru-baru ini dengan Nizar menyembah derhaka terhadap Sultan. Mereka juga dengan angkuh mengatakan bahawa Sultan kini sudah pandai berpolitik dan ingin rakyat menentukan kerajaan Perak yang baru melalui pilihanraya.



Adakah mereka terlupa, jika mereka menang di dalam pilihanraya. Siapakah yang akan melantik Menteri Besar baru kalau bukan Sultan?

Kalau Sultan tidak mengizinkan dan tidak melantik mereka, apa yang mereka akan lakukan?

Menjatuhkan Sultan?

Jika benar, perkara ini berlaku, ia tidak ubah seperti keadaan di negara Cina suatu ketika dahulu yang menjatuhkan Maharaja dan menaikkan kerajaan Komunis.

Adakah perkara ini akan berlaku di Perak?



Adakah golongan ini adalah golongan desperado yang mabuk kuasa sehingga melupakan maruah dan lambang bangsa?

Amat menyedihkan lagi Sultan yang bertindak sebagai ketua agama dikecam hebat.

Mufti yang Perak yang dulu pada satu ketika disanjung mereka kerana seakan-akan menyokong Pakatan Rakyat kini dikecam oleh mereka semula kerana menegur sikap mereka yang derhaka pada sultan.

Kini mereka merasakan mereka semua betul dan orang lain semua salah.



Persoalannya, berpandukan kesemua perkara di atas adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi komunis?



Pada pilihanraya umum yang lalu Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan fahaman sosialis iaitu fahaman yang paling hampir dengan komunis telah dibenarkan bertanding di bawah lambang PKR. Hasilnya 2 kerusi dimenangi oleh Parti Sosialis Malaysia iaitu Parlimen Sungai Siput dan Kota Damansara.



Begitu juga dengan Hishammuddin Rais penulis blog Tukar Tiub (blog pengkritik kerajaan) dan penyokong kuat Anwar juga adalah ahli Parti Sosialis Malaysia.

Kini tulisan beliau kita boleh saksikan di laman web Malaysiakini, beliau banyak membuat ulasan mengenai peranan-peranan raja melayu di situ . Di dalam Mastika juga (jikalau Kumbang tidak silap) Hishammuddin Rais turut menyatakan beliau adalah anti feudal bermakna beliau adalah seorang yang anti atau menentang kepada kerajaan monarki atau dalam konteks Malaysia adalah raja-raja melayu.

Adakah idealogi anti-feudal ini menjadi idealogi Pakatan Rakyat?

Jika benar, adakah ini bukti Parti Sosialis dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?



Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga turut dikaitkan dengan komunis pada tahun 1970-an tetapi beliau menafikan tuduhan ini dengan menyatakan bahawa beliau bukan menyokong gerakan itu tetapi cuma hanya menyokong orang yang dituduh terlibat dengan gerakan itu iaitu A. Samad Ismail.(betulkan Kumbang kalau silap)



PAS juga turut dikatakan menyokong komunis apabila buku 'The Spear and The Kerambit' tulisan A. Navaratnam turut mengulas mengenai sokongan PAS terhadap komunis ini.

Adakah pernyataan ini benar?

Kalau pernyataan ini benar, sejarah telah membuktikan PAS pernah menyokong idealogi komunis yang banyak melakukan kekejaman di tanah melayu ini.



Nilai sokongan PKR terhadap komunis juga dipaparkan melalui satu artikel yang bertajuk 'PKM – Parti Komunis Malaya Muncul Kembali' tulisan Amin Iskandar@Black seorang pemimpin PKR. Dalam artikelnya itu beliau menyatakan anggota tentera Parti Komunis Malaya juga perlu diberi penghormatan kerana memperjuangkan kemerdekaan.

Adakah Amin Iskandar sudah terlupa dengan Tragedi Bukit Kepong yang memperlihatkan kekejaman komunis dan meragut nyawa ramai anggota polis dalam tragedi itu?



Selain itu beliau turut menggambarkan idealogi komunis ini sebagai bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi kerana ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.

Gambaran yang diberikan beliau ini hampir seiras dengan idealogi perjuangan Pakatan Rakyat pada masa kini.

Adakah ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyokong idealogi Komunis?



Sama-sama kita fikirkan.

Nasihat Kumbang yang kecil ini. "Janganlah hanya menang sorak, tetapi kampung yang kita pertahankan tergadai".



Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


Kumbang

No comments:

Post a Comment