Tuesday, June 2, 2009

CHIN PENG MASIH BERDEGIL DAN KERAS HATI?

CHIN PENG DAN PARTI KOMUNIS MALAYA TIDAK PERNAH HENDAK MERDEKAKAN NEGARA MALAYSIA SEPERTIMANA SEKARANG. PKM MENOLAK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MENJADI ASAS KEPADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA SEKARANG. BAGI MEREKA MALAYSIA TIDAK WUJUD DAN MEREKA SAMA SEKALI TIDAK IKHTIRAF NEGARA INI SEBAGAI NEGARA BERDAULAT YANG AMALKAN SEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN.

BUKTINYA MEREKA TETAP DEGIL UNTUK TERUSKAN AGENDA PARTI KOMUNIS MALAYA WALAUPUN TELAH DITAWARKAN PENGAMPUNAN DENGAN SYARAT MELUPAKAN PERJUANGAN KOMUNIS SEMASA RUNDINGAN BALING DAN SEWAKTU NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN. SEBALIKNYA TETAP BERDEGIL DAN TERUSKAN AGENDA MEREKA KONONNYA NAK MENEGAKKAN KUASA RAKYAT MELALUI REPUBLIK KOMUNIS MALAYA YANG KEMUDIANNYA DIKATAKAN HENDAK DITUKAR KEPADA REPUBLIK DEMOKRATIK MALAYA. PKM TIDAK IKHTIRAF SISTEM PILIHANRAYA BAGI MENDAPAT MANDAT RAKYAT MELALUI PILIHANRAYA TAHUN PERTAMA 1955 DAN,

Senarai pilihan raya umum

  1. Pilihan raya umum 1955
  2. Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
  3. Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
  4. Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
  5. Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
  6. Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
  7. Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
  8. Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
  9. Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
  10. Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
  11. Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
  12. Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
  13. Pilihan raya umum 2008 (ke-1
PKM TIDAK PERCAYA PROSES DEMOKRASI DAN UNDANG-UNDANG KITA KERANA MEREKA MULAI 1948 TERUS MELAKSANAKAN ANCAMAN BERSENJATA DAN GERAKKAN IDEOLOGI SOSIALIS SERTA KOMUNIS SEHINGGA BERLAKU PERISTIWA HITAM PERGADUHAN BERSAUDARA PERKAUAMAN 13 MEI 1969.

SEKARANG MEREKA MENUNTUT PERIKEMANUSIAAN DAN DASAR KEMANUSIAAN SETELAH PKM MELETAK SENJATA PADA PERJANJIAN DAMAI HADYAI 1989. NAMUN BEGITU PERLU DITANYA ADAKAH MEREKA SELAMA INI MENUNJUKKAN TAHAP KEMANUIAAN YANG TINGGI DAN MULIA KEPADA SEMUA KAUM DI MALAYSIA SEJAK 1948?

JAWABNYA TIDAK KERANA DALAM PERJANJIAN DAMAI DI HADYAI CHIN PENG TETAP MENGATAKAN YANG BELIAU HANYA SEDIA MELETAK SENJATA TETAPI PERJUANGAN IDEOLOGI DAN LAIN-LAIN MASIH DITERUSKAN. MAKNANYA PKM MASIH BELUM DIBUBARKAN DAN MASIH BEROPERASI DENGAN IDEALISME SERTA NETWORKING MEREKA. DI MANA KEIIKHLASAN DAN SETIAKAWAN SERTA TAAT SETIA CHIN KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA?

ARKIB : 27/05/2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Keluarkan kertas putih aktiviti komunis 1948-1989

KINI, isu komunis kembali diperkatakan. Namun ia bukan isu baru.

Perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989 hanyalah untuk menamatkan pertempuran antara tentera Malaysia dan gerila PKM sahaja. Itulah hakikatnya.

Pada peringkat awal rundingan damai itu, Malaysia mahu PKM dibubarkan tetapi ia ditolak oleh pihak komunis. PKM hanya bersetuju meletak senjata.

Parti itu juga bertegas tidak mahu perjanjian tersebut dilihat sebagai 'penyerahan diri beramai-ramai.' Fakta itu dimasukkan ke dalam perjanjian akhir yang menyebut bahawa semua kenyataan selepas itu hendaklah dalam 'semangat perjanjian' tersebut dan tidak mengandungi sebarang 'unsur fitnah yang mengaitkannya sebagai penyerahan atau menyerah diri (oleh PKM).'

Walaupun lemah, PKM tidak mahu dilihat sebagai menyerah kalah dan itulah prinsip PKM terutama Setiausaha Agungnya, Chin Peng, sejak Rundingan Baling pada 1955.

Kerajaan memberi peluang sebanyak dua kali kepada PKM untuk menyerah diri. Pertama ketika Rundingan Baling dan kedua, selepas mencapai kemerdekaan. Kedua-duanya ditolak oleh Chin Peng.

Dalam siri rundingan damai di Hatyai yang bermula pada Mac 1989, PKM mahu Malaysia menerima parti itu dan juga Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya (PKMRM) secara sah. Sedangkan ketika itu PKM adalah pertubuhan yang diharamkan.

Dalam pusingan ketiga rundingan itu, PKM menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baru iaitu Parti Buruh Sosialis Malaysia (SLPM) berlandaskan ideologi Marxist. Ia merupakan 'jawapan' kepada permintaan Malaysia supaya PKM dibubarkan.

Malaysia menyatakan cadangan itu tidak boleh diterima kerana Marxist adalah ideologi asing dan PKM patut mengelak daripada memberi gambaran bahawa SLPM adalah sebahagian daripada PKM.

Akhirnya, perjanjian itu mencapai persetujuan untuk empat perkara iaitu:

Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan. Selepas menandatangani perjanjian itu, Malaysia dan PKM akan menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan.

Kedua: Membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga: Penempatan di Malaysia. Anggota PKM dan anggota unit tenteranya yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia, akan dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang. Mereka yang bukan berasal dari Malaysia, jika mereka mahu, juga boleh berbuat demikian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Keempat: Bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan akan membantu mereka memulakan hidup baru.

Jika sebelum 1989, tumpuan komunis hampir semuanya di hutan. Tetapi selepas itu, apabila operasi ketenteraan berakhir, isu itu berpindah ke bandar-bandar.

Buku-buku yang menceritakan kegiatan komunis dan puak kiri mula membanjiri pasaran, termasuk buku Alias Chin Peng: My Side of History, yang diterbitkan pada 2003.

Selain daripada desakan oleh pihak tertentu supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, terdapat tuntutan lain supaya pengiktirafan diberi kepada pejuang berhaluan kiri dalam konteks kemerdekaan.

Hakikatnya, walaupun komunis dikalahkan daripada segi ketenteraan di Malaysia, ideologinya masih hidup. Dan ia juga mahu terus disemarakkan.

Jika tidak kenapa PKM tidak mahu membubarkan parti itu? Malah ia mahu meneruskan ideologi Marxist. Inilah yang perlu difahami oleh seluruh warga Malaysia.

Walaupun di negara-negara lain ia kelihatan berundur, bukan bererti kita tidak perlu memberi perhatian lagi. Memang mudah untuk memecahbelahkan berbanding membina. Lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Ingatan keras oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim adalah kena pada tempatnya. Tetapi ia tidak memadai.

Jawapan yang lebih menyeluruh harus datang daripada Kabinet. Mungkin Kabinet wajar menimbang untuk mengeluarkan satu Kertas Putih mengenai PKM dari awal hingga membawa kepada Perjanjian Damai di Hatyai.

Tidak ramai yang mengetahui mengenai perjanjian itu. Mungkin laporan-laporan ketika itu agak terhad. Kini sampai masanya satu penjelasan lebih komprehensif dibuat.

Jika sesuai, jadikan ia sebagai satu Kertas Putih yang boleh digunakan untuk menjelaskan kekeliruan. Ia harus merangkumi kegiatan PKM sejak 1948-1989.

Penjelasan itu boleh dilakukan kerana Mahkamah Persekutuan sudah memutuskan mengenai kes Chin Peng dan ia tidak perlu dikhuatiri sebagai sesuatu yang sub-judice lagi.

PROF. DR. MOHD. SAFAR HASIM
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Universiti Kebangsaan Malaysia

SAKSIKANLAH BETAPA ANGKOH DAN EGONYA MEREKA KERANA MASIH TIDAK MAHU BERIKHRAR TAAT SETIA KEPADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA!!!!

MAKA PERLUKAH CHIN PENG ATAU LAYAKKAH CHIN PENG DAN PKM DIBERI LAYANAN ISTIMEWA DAN HAK "KEMANUSIAAN" KERANA DIA SUDAH BERUMUR 87 TAHUN? LEBIH 60 TAHUN CHIN PENG DERHAKA DAN MENGKHIANATI NEGARA DAN RAKYAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA.. DAN SEKARANG MASIH BERKERAS UNTUK TERUS HIDUPKAN IDEOLOGI PARTI KOMUNIS MALAYA???

SEBAGAI MENGHORMATI KEBEBASAN BERSUARA DALAM PERLEMBAGAAN MAKA APA PANDANGAN ANDA?

dari http://www.mymassa.com/news
Pada 20 Mei 2009, Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Parti GERAKAN) mahu kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia (baca sini). Chin Peng kini berada di Bangkok. Rayuan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 30 April 2009. Ini bukan kali pertama Chin Peng merayu untuk pulang ke Malaysia, pada 1 Disember 1990, Chin Peng bersama dengan 8 orang bekas anggota PKM pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia. Pada 14 April 2009, diwujudkan satu blog (lihat sini) untuk menceritakan kembali kisah komunis. Facebook juga diwujudkan untuk komunis. Mengapa ketika Malaysia dilanda dengan kegawatan politik, fahaman komunis tiba-tiba mahu ditonjolkan kembali?

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20 April 1930, kira-kira 79 tahun yang lalu. Tujuan penubuhan PKM, selain dari menghalau British keluar dari Tanah Melayu, komunis juga mahu menubuhkan sebuah negara republik komunis di Tanah Melayu. Bagi meraih simpati dan sokongan orang Melayu, maka pihak PKM telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menerusi Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. Orang Melayu telah diberikan jawatan untuk digunakan oleh komunis. Angkara Komunis telah menyebabkan darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 12 Julai 1948.

Jadual di atas menunjukkan kemusnahan harta benda awam yang telah dilakukan oleh komunis menurut Buku Darurat 1948-1960, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, mukasurat 224, tulisan Ho Hui Ling. Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990? Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM. 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.

Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api. Begitulah kejamnya komunis.

Namun ada juga orang yang mahu menyokong komunis. "Kerajaan tidak berlaku adil kepada PKM dengan melabel mereka sebagai golongan kiri, subversif dan komunis. Fakta itu sengaja diselewengkan kerana mereka bukan pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan" kata Ramadhan Fitri Elias (Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya) ketika berucap dalam satu majlis Modul Hubungan Etnik di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007. Nama parti pun sudah parti komunis, bukan kerajaan yang melabelnya. Kekejaman komunis tidak boleh ditukar kepada pejuang kemerdekaan.

Kesimpulannya, kekejaman komunis tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Beribu nyawa yang terkorban angkara komunis. Rayuan Chin Peng untuk pulang ketika Malaysia berada dalam menimbulkan seribu satu tanda tanya. Mengapa Chin Peng dan kumpulan komunis beriya-iya benar mahu kembali ke Malaysia? Mereka juga sudah berkempen dalam blog dan facebook untuk menambat hati rakyat dan cuba memadam sejarah kekejaman mereka. Rakyat Malaysia harus sedar dan sentiasa sedar, kekejaman komunis adalah luka yang masih berdarah. Komunis, tiada maaf bagimu.

AZRINIZAM IBRAHM

2 comments:

  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia

    BACA DI LINK INI UNTUK BANDINGKAN PKM DENGAN PKM ATAU PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya

    http://www.geocities.com/cominglucky/pkm.htm

    BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
    A) Penyusupan dan Kegiatan pengganas Komunis
    1. Latar Belakang ideology
    a) Diasaskan karl Marx.
    b) Memperjuangkan masyarakat tanpa kelas
    c) Memiliknegarakan tanah dan industry

    2. Comintern pada tahun 1919 mengarahkan Parti Komunis Eropah menyebarkan ideology komunis ke seluruh dunia.
    3. Orang melayu menolak kerana:
    a) Bertentangan dengan agama Islam
    b) Menolak kewujudan tuhan
    c) Menggunakan kekerasan
    4. Cara penyusupan melalui
    a) Kesatuan Sekerja
    b) Persatuan-persatuan
    c) Kelas malam
    d) Penerbitan
    e) Parti Komunis Indonesia
    5. Penubuhan PKM
    a) Ditubuhkan pada tahun 1930
    b) Bertujuan menubuhkan Republik Komunis
    c) 1935 – mengambil alih lombong arang batu di Batu Arang
    - Seramai 6000 orang mogok
    - Pemimpin terlibat dihantar ke China dan ditahan
    d) 1940an menubuhkan MPAJA dan bekerjasama dengan british menentang Jepun.
    - Mendapatkan latihan gerila di Sekolah latihan Khas 101 di Singapura.
    - Apabila perang tamat MPAJA dibubarkan
    - Menyerahkan senjata
    - Mendapat bekalan beras dan wang RM 350.00
    e) 1945 aktif dalam Kesatuan sekerja dan pergerakan politik
    f) 1948 melancarkan pemberontakan bersenjata
    Kegiatan PKM
    Mempengaruhi pekerja limbungan kapal,, pekerja kereta api. Pelombong bijih timah, pekerja lading dan kilang ---- galakkan sabotaj, mogok, tunjuk perasaan ---- cukai.

    6. Kaganasan Komunis
    a) Pemberontakan senjata
    b) Menubuhkan unit gerila MRLA
    c) Membunuh
    d) Membakar kilang dan bas
    e) Menyerang balai polis dan lading
    f) Merosakkan landasan kereta api

    ReplyDelete