Monday, June 1, 2009

CHIN PENG BUKTIKAN KEMANUSIAAN SEJAK 1948?




1MALAYSIA MEMERLUKAN SEORANG WARGANEGARA YANG SETIA, INTEGRITI, KOMPETEN, DEDIKASI DAN TOLRELANSI YANG TINGGI DALAM MENERIMA SEMUA NASIB SEJARAH NEGARA INI YANG MERDEKA PADA 31 OGOS 1957. 1MALAYSIA PERLUKAN SEORANG WARGANEGARA YANG BERIKHRAR BAGI MENJAYAKAN SEMUA PROGRAM PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA BERPAKSIKAN MISI NASIONAL DAN WAWASAN 2020.OLEH YANG DEMIKIAN MENYEDARI MASAALAH PELAMPAU DAN CHAUVANIST "PERKAUMAN" YANG DISEMAI OLEH PARTI KOMUNIS MALAYA DAN PEJUANG POLITIK HALUAN KIRI MELAYU YANG MENOLAK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU PADA 1948, MAKA YAB DATUK SERI NAJIB PERDANA MENTERI KE 6 TELAH MENGARISKAN 8 NILAI 1MALAYSIA BAGI MENGUBATI PENYAKIT "DENGKI" DAN "TAMAK" CHAUVANIST PERKAUMAN DI MALAYSIA. 8 NILAI JATIDIRI NASIONAL ITU IALAH; BUDAYA CEMERLANG, KETABAHAN, PENERIMAAN, PENDIDIKAN, INTEGRITI, MERITOKRASI, RENDAH HATI DAN KESETIAAN. Ketahui > 8 Nilai  http://www.1malaysia.com.my

MAKA SOALNYA KITA NAK BERIKAN "KEMANUSIAAN " KEPADA CHIN PENG!!!

SOALANNYA ADAKAH CHIN PENG YANG KERAJAAN HARAMKAN BERSAMA PARTI KOMUNIS MALAYA SEJAK 1948 DAN DIA SENDIRI ADALAH "PENDERHAKA, PENGKHIANAT, PENJENAYAH DAN CHAUVANIST TERULUNG TELAH MENUNJUKKAN "KEMANUSIAAN" KEPADA NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA?

ADAKAH CHIN PENG YANG BERCITA-CITA MENUBUHKAN REPUBLIK KOMUNIS MALAYA DAN SELEPAS ITU REPUBLIK DEMOKRATIK MALAYA (SOSIALIS) IKHTIRAF KEMERDEKAAN NEGARA DAN PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963? ADAKAH CHIN PENG PERNAH MEMOHON DAN MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA?

ADAKAH CHIN PENG BERSUMPAH TAAT SETIA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG, KEPADA PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA MALAYSIA???

INILAH ANTARA PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB CHIN PENG YANG BERUSIA 87 TAHUN YANG DIAKUI SEJAK UMUR 20AN LAGI MENJADI PENGANAS KOMUNIS DAN BERJUANG UNTUK MERDEKAKAN NEGARA INI SEBAGAI "REPUBLIK KOMUNIS MALAYA." MAMPUKAN CHIN PENG SEBAGAI CHAUVANIST DAN PELAMPAU PERKAUMAN YANG ULUNG UNTUK HIDUP DAN MENERIMA SISTEM 1MALAYSIA SETELAH HAMPIR 60 TAHUN LEBIH BERADA DI LUAR NEGARA DALAM PERANCANGAN JANGKAPANJANGNYA UNTUK MENJATUHKAN MALAYSIA DAN MENUBUHKAN SEBUAH REPUBLIK SOSIALIS BERASASKAN "KUASA RAKYAT."

JELASNYA "KUASA RAKYAT," PERJUANGAN RAKYAT, "MAKKAL SHAKTI", "KETUANAN RAKYAT" ADALAH TIDAK KOMITED MENYOKONG SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA SEMENJAK 31 OGOS 1957. SEKARANG SIAPA YANG LAKSANAKAN IDEALISME CHIN PENG INI?

ADAKAH KEPULANGAN CHIN PENG KE MALAYSIA SEBAGAI PELENGKAP "REFORMASI KETUANAN RAKYAT" CIPTAAN ANUARISASI DAN "MALAYSIAN MALAYSIA" ANJURAN DAP?

APAKAH CHIN PENG AKAN MENYUMBANG KEPADA KEMAKMURAN POLITIK, EKONOMI, SOSIAL,AGAMA, PERPADUAN NEGARA?

BERDASARKAN BUKTI SEJARAH YANG DICIPTAKAN OLEH CHIN PENG SELAMA LEBIH SATU ABAD MAKA TERBUKTI CHIN PENG AKAN LEBIH MEMBAWA MALAPETAKA DARIPADA MEMBAWA REZEKI DAN KEMAKMURAN KEPADA MALAYSIA. OLEH ITU LANGKAH KERAJAAN PIMPINAN YAB DATUK SERI NAJIB, PM MALAYSIA KE 6 AMATLAH TEPAT DAN STRATEGIK UNTUK TETAP TIDAK MEMBENARKAN CHIN PENG PULANG KE MALAYSIA.

INILAH BACAAN ATAU TAFSIRAN STRATEGIK SEORANG PAKAR SEJARAH. OLEH YANG DEMIKIAN KEPUTUSAN KERAJAAN INI PERLU DISOKONG DAN DIDOKONG OLEH SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG TAAT SETIA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG DAN NEGARA MALAYSIA. MAKNANYA PENDERHAKA, PENGKHIANAT DAN PEMBELOT KEPADA NEGARA MALAYSIA SAHAJA YANG MENOLAK KEPUTUSAN KERAJAAN.

SETERUSNYA ANDA DIPOHON UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI AKAN ISU KEPUTUSAN KERAJAAN TETAP TIDAK MEMBENARKAN CHIN PENG PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA BALIK KE MALAYSIA.


1. Apakah pendirian kerajaan Malaysia mengenai isu ini?

  YAB Perdana Menteri pada 27 Mei 2009 dalam Utusan Malaysia
membuat kenyataan di Putrajaya bahawa pemimpin Parti Komunis
Malaya, Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini. Keputusan
ini telah disiarkan di muka depan hampir setiap akhbar utama di
Negara ini pada 28 Mei 2009.
  Keputusan kerajaan ini amat selaras dengan petikan kata Lt
Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Hj Mohd Said, Bekas Panglima ATM
Semasa ditemubual di Rancangan Isu RTM pada 31 Mei 2009 kerana
Chin Peng telah :

“memimpin dan menjadi mastermind dari segi langkah untuk nak
menjatuhkan kerajaan khususnya selepas kita merdeka hinggalah ke tahun
1989 itu isu pertama. Isu kedua yang mungkin orang tidak faham ialah cara
dia nak menjatuhkan itu menggunakan kekerasan, keganasan. Ketiga, dia
nak ganti apa yang kita ada sekarang dengan fahaman komunis. Itu isu
yang ketiga. Beliau kalau di Hadyai sekalipun pada masa dahulu. Apabila
ditanya oleh seseorang adakah ini bermakna tuan meletakkan senjata akan
membuang fahaman komunis dan maksud perjuangan di masa lampau. Dia
kata, Tidak! Saya hanya meletakkan perjuangan secara bersenjata. Tapi
yang lain saya tidak tinggalkan. “


2. Alasan yang kukuh terhadap keputusan ini ialah:

Sekiranya kerajaan membenarkan Chin Peng yang berumur 87 tahun balik ke Malaysia ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa Darurat antara tahun 1948 hingga 1960. Dilaporkan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota keselamatan yang terbunuh di tangan PKM yang diketuai oleh Chin Peng semasa era keganasan PKM antara tahun 1948 sehingga mereka meletakkan senjata melalui perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Walaubagaimanapun dalam perjanjian damai berkenaan PKM tetap enggan membubarkan PKM sebagai sebuah parti serta menamatkan kegiatan penyebaran fahaman ideologi komunisme yang menjadi kepercayaan mereka.Oleh itu kerajaan wajar menolak simpati terhadap isu Chin Peng tetapi sebaliknya perlu menunpukan perhatian bagi menjaga kebajikan 60,000 orang bekas anggota keselamatan yang telah berjasa kepada Negara, khasnya semasa penganas PKM melaksanakan kegiatan haramnya di negara ini.



3. Siapakah Chin Peng ?

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa lahir pada 21 Oktober 1924 di sebuah kedai kecil membaiki basikal di No 36, Jalan Kampung Koh, Setiawan kira-kira 50 kilometer dari barat daya Ipoh, Perak. Beliau adalah anak kedua daripada enam adik beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan amat kecewa dengan kemelesetan ekonomi pada 1930. Beliau merupakan pengerak utama PKM secara lebih militant dan agresif bila menjadi Setiausaha Agung PKM. Mengikut Wikipedia, Chin Peng memimpin PKM semasa berumur 23 tahun “.... Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya . Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.”

4. Apa sumbangan Chin Peng dan PKM dalam idea kemerdekaan Negara secara perpaduan antara tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada masa itu?

Kerajaan British hanya bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan pertubuhan lain bagi merundingkan isu kemerdekaan Tanah Melayu. Kejayaan UMNO mengadakan rundingan sehingga British bersetuju menarik balik Malayan Union dan mengantikannya dengan gagasan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 membuktikan bahawa hanya UMNO yang lebih liberal dan sangup bekerjasama dengan British.

Idea kemerdekaan perpaduan antara tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada masa itu iaitu Melayu, Cina dan India secara aman, harmoni serta adil tidak pernah dikemukakan secara kongkrit oleh PKM dan sekutunya. Sebenarnya PKM yang dipelopori oleh MPAJA di barisan depannya mendakwa British berjanji untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada mereka kerana jasa mereka menentang tentera Jepun. Akibat dakwaan inilah apabila British kembali mentadbir Malaya semula maka mereka bangkit menentang British kerana tidak setuju dengan dasar British. Ditambah pula dengan peralatan senjata perang yang lengkap tinggalan Jepun dan senjata yang dibekalkan oleh British kepada mereka bagi menentang Jepun sebelumnya maka mereka lebih yakin dan bersemangat menentang British secara bersenjata pada masa itu.

Dinilai pada sudut ini mereka tidak pernah mencadangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan orang Melayu dan India sebagaimana perancangan kemerdekaan Negara kita yang direncanakan oleh pihak British pada masa itu, tetapi sebaliknya hanya mendesak supaya Tanah Melayu menjadi milik mereka secara mutlak.

Daripada bukti-bukti sejarah didapati Parti Komunis Malaya yang didokong oleh Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang juga dikenali sebagai Bintang Tiga telah memulakan aktiviti perkauman dan kezaliman mereka, khasnya ke atas orang Melayu yang dianggap bersengkongkol dengan Jepun mencapai kemuncaknya selama 14 hari iaitu dari 15 Ogos 1945 hingga 3 September 1945 apabila Jepun menyerah kalah dalam Peperangan Dunia Kedua pada masa tu.

Menurut sarjana berwibawa Cheah Boon Kheng dalam bukunya, “Red Star Over Malaya” mengatakan bahawa ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar utama, gerila Cina yang dipimpin oleh MPAJA keluar daripada hutan dan menguasai 70% kampong dan Bandar-bandar kecil. Mereka membalas dendam terhadap individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampong sehingga mewujudkan suasana kezaliman (reign of terror). Kekejaman PKM ini dapat dikawal apabila tentera British mewujudkan semula undang-undang dan peraturan bagi menjaga keamanan Tanah Melayu, tetapi ketegangan perkauman di Malaya mulai meningkat sehingga Mac 1946.

Bagi mengabui mata orang Melayu dan menjayakan propagandanya pihak PKM pada 17 Oktober 1945 telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam yang berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) yang berfahaman komunis. PKM telah menguasai sepenuhnya PKMM ini bila tokoh-tokoh jawatankuasanya terdiri dari Mokhtaruddin Lasso sebagai Presiden, Arshad Ashaari sebagai bendahari dan Rashid Maidin serta Abdullah CD. PKMM ini lebih cenderung menganjurkan supaya Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

5. Apa sebenarnya perjuangan PKM?

Selain dari kecewa dengan langkah British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu dan menarik semula gagasan Malayan Union, PKM merasakan langkah British ini menguntungkan orang Melayu. Antara kejayaan UMNO dan orang Melayu pada masa itu ialah kembalikan kuasa Raja-Raja Melayu dan meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan. Akibat tidak bersetuju dengan dasar British inilah maka mereka telah masuk hutan dan meneruskan penentangan serta penderhakaan secara militan atau bersenjata.

Dalam tahun 1948 kekuatan PKM dianggarkan seramai 4000 hingga 5000 orang dan meningkat kepada 12,000 orang ahli semasa kemuncak pemberontakkan PKM dari 1951-1952.

Pemimpin utama PKM khasnya Chin Peng tidak mahu menerima tawaran pengampunan yang ditawarkan oleh kerajaan sewaktu Rundingan Baling dan semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Semasa Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1955 umpamanya PKM telah menunjukkan keangkuhan mereka kerana enggan meletakkan senjata dan kembali menjadi rakyat yang mengikut undang-undang negara. Rundingan Baling gagal kerana Chin Peng meminta PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik apabila kerajaan menawarkan pengampunan beramai-ramai dengan syarat PKM dibubarkan. Pada masa itu kerajaan telah mencapai kemajuan yang cemerlang melumpuhkan komunis dan bersedia ke arah mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian PKM telah diikhtiharkan sebagai bertindak menentang kerajaan sah yang dipilih rakyat.


6.Apakah dosa-dosa Chin Peng ?

Chin Peng adalah perancang dan pengerak utama PKM yang bertindak zalim dan menderhaka kepada kerajaan. PKM berhutang darah kepada rakyat Malaysia dan tidak boleh dimaafkan. PKM juga penghalang utama kepada kemerdekaan Malaya secara rundingan perpaduan kaum dengan British.

Sejarah membuktikan bahawa PKM adalah penghalang utama kerana menganjurkan penentangan bersenjata dalam mendesak supaya British bersetuju menyerahkan Tanah Melayu kepadanya apabila Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu pada masa itu.

Akibat keganasan dan penentangan bersenjata ini maka PKM diikhtiharkan sebagai pertubuhan haram oleh British mulai 23 Julai 1948. Langkah ini diambil pihak British apabila terpaksa menguatkuasakan Undang-Undang Darurat di Malaya mulai 1948 setelah tiga orang Eropah telah dibunuh di Sungai Siput, Perak yang dianggap kemuncak kepada penentangan bersenjata PKM mengulingkan kerajaan British ke arah PKM menubuhkan sebuah kerajaan komunis di Malaya. Perintah Darurat atau “The Emergency” adalah mengikut Ordinan Persekutuan yang dikuatkuasakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sit Edward Gent pada 18 Jun 1948.

Semenjak 1948 setelah amat kecewa dengan penghapusan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan BMA dan PKM telah berselisih faham yang amat parah. PKM pula telah mndapat sokongan daripada puak haluan kiri Melayu yang tidak setuju merdeka dengan British tapi lebih suka merdeka di bawah Indonesia pada masa itu.

Selain daripada itu setelah Lai Tek dibunuh Chin Peng, maka PKM di bawah Chin Peng lebih ganas dan militan dengan beberapa strategi baru termasuk pemberontakkan yang melibatkan seluruh rakyat Tanah Melayu pada masa itu. PKM lebih yakin kerana senjata tinggalan Jepun dan senjata yang dibekalkan oleh British untuk menentang Jepun yang tidak diserahkan kepada British apabila British kembali mentadbir Malaya pada masa itu. Ini bererti PKM lengkap bersenjata dan mampu serta mantap melancarkan pemberontakkan bersenjata.

Aktiviti keganasan bersenjata dilaksanakan ialah dengan langkah pertamanya ialah askar PKM menyerang estet, lombong dan kawasan terpencil. Serangan secara langsung ini akan memaksa penduduk berpindah ke kawasan Bandar dan tempat yang dikosongkan itu dikuasai oleh PKM yang mengikhtiharkannya sebagai “kawasan yang dibebaskan.”

Peringkat kedua akan menjadikan kawasan yang kononnya dibebaskan itu sebagai tempat latihan dan pusat pemerintahan komunis. Rekrut tentera PKM akan diambil daripada “Min Yuen” iaitu Unit Pengempur yang bermaksud Pertubuhan Rakyat Jelata yang menjadi penyokong dan PKM.

Peringkat ketiga pula ialah peringkat membinasakan ekonomi kapitalis, system pertahanan serta tempat yang dikuasai oleh British seperti pekan, kampong dan landasan keretapi. Rancangan akhir mereka ialah mengikhtiharkan Republik Komunis Malaya apabila British kalah dalam siri pemberontakkan terancang itu.

7.Keburukan perjuangan PKM


Pembunuhan kejam sepanjang darurat selama 12 tahun iaitu sari 1948 hingga 1960. Mengikut Gordon P. Means ianya telah mengorbankan 11,609 orang termasuk 1,345 anngota keselamatan dan 2,473 orang awam. Angka ini tidak termasuk mereka yang cedera dan derita sepanjang hayat akibat kekejaman komunis. Kerajaan persekutuan telah juga membelanjakan RM 721.9 juta selama 12 tahun darurat di mana antaranya terpaksa membelanjakan RM 203 juta tahun 1953 dan RM 169 juta tahun 1954 untuk menentang ancaman komunis yang tidak beradab dan tidak berperikemanusiaan.

PKM juga telah menyemarakkan perkauman dan pelampau kerana tidak setuju plan kemerdekaan Tanah Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai asas Perlembagaan Malaysia yang mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.

8.Kesimpulan

Penentangan bersenjata Chin Peng PKM terhadap British adalah kerana kecewa dengan Perlaksanaan Persekutuan Tanah Melayu oleh British. Mengikut Cheah Boon Kheng dalam bukunya “ Red Star Over Malaya,” menegaskan bahawa pihak komunis menganggap orang Melayu telah berjaya mengalahkan gerakan komunis bersenjata yang didominasikan oleh orang Cina apabila British mengantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu yang kembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam dan hak istimewa orang-orang Melayu. Inilah mulanya penentangan secara pelampau perkauman kaum Cina khasnya dari PKM terhadap perkara tertentu dalam perlembagaan yang dianggap menyebelahi orang Melayu.

Kehadiran Chin Peng di Malaysia akan semarakkan lagi pelampau perkauman dan tuntutan persamaan hak sama rata dan sebagainya yang akan bertambah sukar dikawal malah mengancam perpaduan dan keselamatan Negara. Ini kerana kepulangan Chin Peng akan memberi inspirasi baru khasnya kepada orang-orang Cina. Gerakan mendewa-dewakan dan agung-agungkan Chin Peng sebagai pahlawan dan pejuang kemerdekaan negara akan menyinggung perasaan kaum lain, khasnya orang Melayu yang amat sensitif dengan peristiwa kekejaman PKM Bintang Tiga terhadap orang Melayu selama 14 hari iaitu dari 15 Ogos 1945 hingga 3 September 1945. Selain daripada itu ianya juga akan menguris hati dan perasaan keluarga anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan yang terkorban dan cacat akibat perbuatan ganas PKM.

Jelasnya, PKM juga tidak pernah menyokong kemerdekaan Malaysia dan menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan hak serta peruntukan tertentu bagi memberi keadilan dan kesaksamaan kepada kaum pribumi di Malaysia. PKM terbukti menunjukkan penentangan secara menderhaka melalui senjata dan ideologi komunisme yang tidak percaya kepada agama, khasnya agama Islam. PKM juga ternyata angkuh dan menunjukkan kekuatan senjata serta ideloginya bilamana menolak dua kali tawaran kerajaan untuk mereka menyerah diri iaitu semasa Rundingan Baling 1955 dan semasa Negara ini mencapai kemerdekaan. Manakala semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, pihak PKM masih tegas enggan membubarkan parti serrta ideologi komunis mereka. PKR juga kabur untuk membuktikan mereka petriotik dan cintakan Negara ini dengan mendokong Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Rundingan damai di Hadyai sepatutnya dijadikan landasan kukuh untuk perdamaian abadi antara PKM dengan Kerajaan Malaysia sekiranya PKM membubarkan parti mereka dan kembali hidup sebagai warganegara yang taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong dan Negara. PKM sepatutnya berhenti dan lupakan niat agungkan malah cuba mengembangkan pengaruh ideology komunis mereka sebaliknya menjadi warganegara yang taat setia kepada Negara dan patuh kepada undang-undang Negara pada masa ini.

Kita akui Chin Peng yang berumur 87 tahun dan PKM bukan lagi menjadi ancaman kepada keselamatan di segi penderhakaan bersenjata, tetapi PKM masih menjadi ancaman keselamatan Negara di segi ideologi dan ajaran-ajaran komunis yang akan memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia yang terbina sejak 51 tahun yang lalu. Oleh itu langkah kerajaan tidak membenarkan kepulangan Chin Peng bukanlah kerana perkauman tetapi kerana sifatnya sebagai pembunuh kejam, pelampau dan penderhaka kepada negara yang tidak perlu diberi apa-apa keistimewaan atau pembelaan.

Memetik intipati temubual Lt Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Hj Mohd Said, Bekas Panglima Medan ATM membuktikan Chin Peng masih menyimpan hasrat untuk mengembangkan idelogi Parti Komunis Malaya dalam berbagai cara setelah dibenarkan kembali ke Malaysia. Kata Lt Jeneral (B) Datuk Seri Zaini, “ Kalau dia dah kata dia dah tua, dia akan datang kembali menghidupkan semangat komunisme itu. Jadi pasti ada orang yang akan mengikuti atau tertarik dengan pendekatan dia dan dia juga akan menjadi sebagai satu ikon. Ini akan memecahbelahkan masyarakat kita di masa kini, satu. Kedua pada mereka yang telah mengalami kemalangan atas tindak tanduk mereka-mereka yang telah dipimpin oleh beliau pasti akan merasa marah. Jadi sungguhpun beliau 87 tahun, bila di hidupkan kenangan, dihidupkan ingatan mungkin dihidupkan semangat itu kembali. Itu sudah pasti akan memecahbelahkan masyarakat kita. Kalau ini berlaku ia bukan membawa kebaikan. Ia bukan membawa kesejahteraan. Ini bermakna dia tidak patut pulang.”

Kesimpulannya kepulangan Chin Peng yang tidak pernah menjadi warganegara Malaysia balik ke Malaysia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada Negara yang sedang memberi fokas utama kepada 1Malaysia iaitu kearah membentuk Negara Bangsa yang bersatupadu dan maju bagi mencapai perancangan strategik Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment