Tuesday, June 2, 2009

TALKING POINT PKM SEMBANG DIALOG RAKYAT






http://www.gomounited.com/2009/05/ngeh-anak-saudara

ITULAH YANG DIKATAKAN OLEH BLOGGER GOMO...

OLEH ITU SEBAGAI PANDUAN MAKA DITURUNKAN......

TALKING POINTS DAN BAHAN POWER POINT INI PERLULAH DITOKOK TAMBAH DENGAN PEMBACAAN LAIN TERMASUKLAH TERUS KE TAJUK PARTI KOMUNIS MALAYA DAN LAIN-LAIN TAJUK DI:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebangkitan_Semula_Pengganas_Komunis_(1968-1989

DAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Lihat Juga

Sumber : http://arkib.gov.my/bm/programkhas/kisahsejarah1.htm


BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

A) Penyusupan dan Kegiatan pengganas Komunis

1. Latar Belakang ideology

a) Diasaskan karl Marx.

b) Memperjuangkan masyarakat tanpa kelas

c) Memiliknegarakan tanah dan industry

2. Comintern pada tahun 1919 mengarahkan Parti Komunis Eropah menyebarkan ideology komunis ke seluruh dunia.

3. Orang melayu menolak kerana:

a) Bertentangan dengan agama Islam

b) Menolak kewujudan tuhan

c) Menggunakan kekerasan

4. Cara penyusupan melalui

a) Kesatuan Sekerja

b) Persatuan-persatuan

c) Kelas malam

d) Penerbitan

e) Parti Komunis Indonesia

5. Penubuhan PKM

a) Ditubuhkan pada tahun 1930

b) Bertujuan menubuhkan Republik Komunis

c) 1935 – mengambil alih lombong arang batu di Batu Arang

- Seramai 6000 orang mogok

- Pemimpin terlibat dihantar ke China dan ditahan

d) 1940an menubuhkan MPAJA dan bekerjasama dengan british menentang Jepun.

- Mendapatkan latihan gerila di Sekolah latihan Khas 101 di Singapura.

- Apabila perang tamat MPAJA dibubarkan

- Menyerahkan senjata

- Mendapat bekalan beras dan wang RM 350.00

e) 1945 aktif dalam Kesatuan sekerja dan pergerakan politik

f) 1948 melancarkan pemberontakan bersenjata

Kegiatan PKM

Mempengaruhi pekerja limbungan kapal,, pekerja kereta api. Pelombong bijih timah, pekerja lading dan kilang ---- galakkan sabotaj, mogok, tunjuk perasaan ---- cukai.

6. Kaganasan Komunis

a) Pemberontakan senjata

b) Menubuhkan unit gerila MRLA

c) Membunuh

d) Membakar kilang dan bas

e) Menyerang balai polis dan lading

f) Merosakkan landasan kereta api

B) Langkah Membanteras Ancaman Komunis

1. Pengisytiharan Darurat (18 Jun 1948)

a) Menahan sesiapa yang disyaki

b) Membenarkan pengeledahan rumah

c) Memindahkan penduduk

d) Memagar kampong yang disyaki

2. Pengharaman PKM

a) Parti haluan kiri seperti AWAS, PETA, PERAM, dan PKMM turut diharamkan.

3. Membesarkan Pasukan Keselamatan

a) 7000 polis

b) Askar

c) Askar komanwel

d) 24000 mata-mata khas

e) Pasukan keselamatan

4. Rancangan Briggs oleh Gerald Templer

a) Dilancarkan oleh Henry Gurney 1950.

b) Sir Harold Rowdan Briggs, Pengarah Operasi

c) Dua Program: 1. Kampung Baru

2. Gerakan kelaparan

Kampung Baru

· Menempatkan semula penduduk pinggir hutan ke tempat baru

· Sekat bekalan makanan, maklumat dan ubat-ubatan daripada jatuh ke tangan komunis.

· 400 000 penduduk setinggan dipindahkan

********: Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk member maklumat, membekalkan makanan dan ubat-ubatan kepada pengganas – ahlinya terdiri daripada pekerja lombong dan ladang.

Gerakan kelaparan

· Pastikan komunis tidak mendapat bekalan

· Sekatan jalan raya

· Kad pengenalan dikeluarkan

· Berjaya melumpuhkan PKM

5. Perang Saraf oleh Gerald Templer

a) Kempen memenangi hati dan fikiran rakyat

b) Kempen ‘ bulan Penduduk Tanah Melayu menentang komunis’

c) Mengisytiharkan kawasan hitam dan kawasan putih.

d) Menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap komunis.

6. Pengampunan beramai-ramai

a) Menampal poster

b) Peranan radio

c) Wayang gambar

d) Pas pengampunan diedarkan

7. Pertemuan Baling

a) 28 dan 29 Disember 1955

b) Sekolah Inggeris Baling, Kedah.

c) Tuntutan Tunku kepada PKM – serah diri

d) Gagal kerana Tunku enggan mengiktirafkan PKM sebagai parti yang sah.

C. Kesan Darurat

1. Politik

a) undang-undang darurat dikuatkuasakan

b) syarat kerakyatan dilonggarkan

c) kemerdekaan dicepatkan

d) MCA ditubuhkan

e) Parti berhaluan kiri diharamkan

2. Ekonomi

a) kegiatan ekonomi tidak dijalankan

b) Perbelanjaan pertahanan tinggi - $ 250000 - $300000 sehari

c) pembangunan terjejas

d) Luar Bandar tersisih daripada pembangunan

e) Tumpuan pembangunan kampong baru

3. Sosial

a) Kesengsaraan hidup selama 12 tahun

b)Catuan bekalan makanan

c) Makan ubi dan keledek

d) perintah berkurung

e) penubuhan CLC

f) Dasar Pelajaran kebangsaan diperkenalkan

g) Jumlah terkorban : 21231 orang awam dan tentera

6133 orang pengganas terbunuh

******* HOME GUARD – pasukan kawalan tempatan yang ditubuhkan semasa darurat untuk menentang komunis.

- Terdiri daripada lelaki dan wanita

********FEUDAL – system kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan

********Imperialis – Negara yang menjajah/mengenakan kuasa pemerintahan ke atas Negara lain.

********KADER – Anggota baru sesebuah parti politik yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia.

Parti Berhaluan kiri

1. Angkatan Wanita sedar (AWAS)

2. Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)

3. Pemuda Radikal Melayu (PERAM)

4. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

5. Hizbul Muslimin

MRLA – Malayan Races Liberation Army

- Unit gerila yang ditubuhkan oleh PKM

2 comments:

  1. Min Yuen
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
    Lompat ke: pandu arah, gelintar

    Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.

    Tujuan Min Yuen ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis.Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan.

    Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil terhadap mereka dan keluaraga mereka.

    Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya pada sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.

    MIN YUEN = KELAB PENYOKONG PAS (BUKAN ISLAM)???

    ReplyDelete
  2. Malayan People's Anti-Japanese Army
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
    (Dilencongkan dari MPAJA)
    Lompat ke: pandu arah, gelintar

    Malayan People's Anti-Japanese Army (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.

    [sunting] Kerjasama dengan British

    Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

    Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM telah membentuk MPAJA.

    Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
    Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan.
    Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri.
    Rencana (atau bahagiannya) ini tidak memetik sumber rujukan. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam.

    [sunting] Modus operandi

    Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam, di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China. Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.

    Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil “Massacre of Nanjing”. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung dalam bentuk Jookidam itu.

    Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan. Malah tiada siapa yang berani membela kerana takut disyakki sebagai pembelot juga.
    Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_People%27s_Anti-Japanese_Army"
    Kategori: Rencana tanpa sumber rujukan | Sejarah Malaysia

    ReplyDelete